Ulangan Maut Hitam di England

Maut Hitam merupakan peristiwa pertama bagi Pandemik Kedua,[87] yang akan berterusan mengenai England dan Europah yang lain secara agak berkala sehingga abad ke tujuh belas. Ulangan serius pertama yang berlaku di England berlaku pada tahun 1361-62. Kita tahu sedikit mengenai kadar kematian yang disebabkan wabak berikutnya,[88] tetapi yang dikenali sebagai pestis secunda ini mungkin memiliki kadar kematian sekitar 20%.[89] Wabak ini turut menjejaskan dengan teruk keupayaan penduduk untuk pulih, kerana ia kebanyakannya menjejaskan bayi dan golongan muda.[90] Ia juga kes yang sama dengan ulangan berikutnya, pada tahun 1369, di mana kadar kematian adalah sekitar 10-15%.[89]

Dalam diarinya, Samuel Pepys memberikan gambaran jelas mengenai Wabak Besar London; satu dari wabak terakhir bagi Pandemik Kedua.

Pada abak berikutnya wabak akan kembali pada tahap kebangsaan atau region – pada kala lima hingga dua belas tahun, dengan kadar kematian semakin berkurangan. Kemudian, pada dekad 1430 hingga 1480, penyakit ini kembali dengan hebatnya. Wabak pada tahun 1471 menghapuskan sekitar 10-15% dari bilangan penduduk, sementara kadar kematian wabak 1479-80 mungkin setinggi 20%.[89] Dari saat ini wabak semakin berkurangan dan lebih mudah dikawal. Ini sebahagian besarnya hasil dari usaha bersungguh oleh kerajaan pusat dan tempatan – sejak akhir abad ke lima belas dan seterusnya – untuk menghapuskan penyakit.[91] Menjelang abad ke tujuh belas Pandemik Kedua berakhir. Satu dari ulangan terakhirnya di England adalah Wabak Besar London yang terkenal pada 1665-66.[92]